Salah satu peluang perniagaan yang berpotensi untuk dijalankan hari ini adalah perniagaan menjual sunglass. Dengan kemajuan internet kini aktiviti menjual sunglass boleh dijalankan secara online dan offline dengan prospek pasaran yang agak besar.

Anda boleh menjual jenama cermin mata yang terkenal dan mempunyai jenama yang popular. Jika anda mempunyai modal yang cukup besar, anda boleh menjalankan perniagaan dengan membeli sunglass dalam kuantiti besar di internet. Kemudian menjualnya secara fizikal atau di kedai, bazar, ekspo dan karnival.

Peluang Perniagaan Sangat Menguntungkan

Terdapat pelbagai variasi produk sunglass. Setiap variasi sunglass mempunyai segmen pelanggan dan pengguna masing-masing.

Terdapat pelbagai jenama cermin mata di pasaran. Tetapi saranan penulis adalah memilih produk sunglass yang berkualiti dan berjenama terkenal. Di samping terjamin kualiti, ketahanan produk sunglass dan harga yang sangat berpatutan.

Berbanding masa lalu, kini pelanggan boleh mendapatkan cermin mata dengan harga yang rendah dan produk tersebut dihantar terus ke rumah dengan membeli sunglass melalui laman web yang terkenal dan dipercayai seperti Shopee, Lazada, Mudah, Youbeli dll.

Antara sunglass yang sering menjadi pilihan pelanggan, termasuklah Calvin Klein, Police, Gucci, Ray Ban RB, dan sebagainya. Peluang perniagaan sunglass memang sangat menguntungkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here