Ramai sahaja usahawan yang mengeluarkan produk makanan tradisional seperti dodol kerana permintaan yang tinggi semasa musim perayaan. Namun begitu, pada hari-hari biasa juga turut ramai yang memesan kerana keenakan dan kelembutan yang terdapat pada dodol tersebut. Umumnya dodol merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu yang menunjukkan dodol tidak dimakan zaman, walaupun sudah memasuki tahun 2020.

Berbeza dengan seorang usahawan ini, yang dikenali sebagai Encik Ali bin Abu Bakar yang telah membuka perniagaan atas tanda kasih dan sayang terhadap isterinya iaitu Puan Hamidah binti Zahir. Encik Ali mengambil nama isterinya untuk dijadikan nama syarikat mereka iaitu Hamidah Food Industry. Dengan menggunakan modal sendiri, Hamidah Food Industry telah beroperasi pada tahun 1998 di mana mereka menghasilkan produk makanan tradisional. Perniagaan yang berkembang membuatkan mereka terus mendapat keuntungan yang memberangsangkan.

Hamidah Food Industry menghasilkan dodol yang mempunyai 7 perisa antaranya ialah perisa asli dodol, durian, jagung, pandan dan dodol perisa kopi. Dodol yang dihasilkan berjenama MAMA dan menggunakan tagline “Mama di mana-mana”. Dalam masa sehari, Hamidah Food Industry akan mengeluarkan 1.2 tan dodol kerana permintaan yang tinggi membuatkan mereka menghasilkan dodol yang banyak. Hal ini kerana, kualiti produk makanan lebih dipercayai dengan adanya pensijilan halal daripada JAKIM. Dengan pensijilan ini, pelanggan akan lebih yakin untuk membelinya. Dan lebih menariknya, harga yang ditawarkan berdasarkan harga kilang di mana pelanggan yang membeli secara borong akan mendapat harga yang lebih murah.

Hamidah Food Industry diduga pada tahun 2002 di mana mereka mengalami kerugian hampir 90% atas sebab sebahagian kilang mereka musnah akibat kebakaran yang berlaku. Walaubagaimanapun, pengasas tersebut tidak berputus ada dan bangkit semula dengan memulakan perniagaan dari bawah. Pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk membuat pinjaman terhadap TEKUN sebanyak dua kali iaitu RM50,000 dan RM100,000. Selain daripada TEKUN, Hamidah Food Industry juga mendapat bantuan daripada agensi kerajaan seperti RISDA, LPP dan Kerajaan Negeri Melaka.

Selepas bertungkus lumus dalam membangunkan semula perniagaan, Hamidah Food Industry akhirnya dapat berdiri semula dan memonopoli semula pasaran makanan tradisional di Malaysia. Sekiranya anda ke Melaka, dodol dari Hamidah Food Industry sangat popular di negeri bersejarah itu.  Kini, syarikat Hamidah Food Indsutry mengeluarkan 300 jenis produk makanan tradisional.

Rujukan:

https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Lensa_Usahawan/2017/2-2017/2-2017.pdf

https://ms-my.facebook.com/tekunasional/posts/dodol-mama-dimana-manahamidah-food-industry-mama-merupakan-antara-pengeluar-prod/2315472981815355/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here