Tinggal beberapa hari lagi raya akan tiba. Semua orang pasti telah membuat persediaan untuk menyambut hari yang mulia itu walaupun dunia sekarang dilanda dengan wabak yang belum pasti bila ditemui penawarnya. Maruku yang pelbagai rasa dan bentuk merupakan makanan tradisi kaum India sudah menjadi satu norma di Malaysia kerana semua masyarakat di Malaysia menggemari maruku.

Maruku juga banyak dijadikan sebagai produk jualan bagi yang ingin mendapatkan atau menambah pendapatan. Ada juga yang membuat inovasi terhadap maruku dari segi rasa dan bentuk, dan ada juga yang mengekalkan rasa sebenar maruku tersebut. Dapat dilihat penggemar maruku membuatkan para usahawan berlumba-lumba untuk mencipta resepi baru untuk menarik minat pelanggan. Begitulah yang terjadi kepada Haliza Omar, menjadikan maruku sebagai produk jualan sehinggakan jualan tersebut sampai ke Korea!

Pelajar yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pemasaran ini telah membawa nama baik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan menghasilkan maruku yang mengekalkan keaslian rasa maruku. Dikenali sebagai Haliza Omar, telah memasarkan produk makanan ringan iaitu maruku. Kudapan yang mudah untuk diperolehi, lagi-lagi apabila tiba musim perayaan atau majlis tertentu.


Haliza memilih produk makanan maruku kerana kudapan tersebut mampu bertahan lebih lama berbanding makanan yang lain, sekitar 6 bulan ia dapat bertahan. Beliau juga mengambil keputusan untuk berniaga maruku kerana sudah menjadi minatnya dalam dunia perniagaan sejak dahulu lagi.

Haliza menggunakan label Lickizania sebagai jenama produk beliau. Marukunya turut dikenali sebagai maruku hipster di mana nama tersebut tercetus semasa beliau mengalami masalah berniaga dalam laman facebook. Sebelum berniaga maruku, Haliza juga pernah berniaga makanan basah seperti lasagna dan menjual pakaian.

Maruku hipster dihasilkan untuk mengekalkan rasa asli iaitu pedas dan rangup. Ia tidak terlalu pedas, tetapi semua lapisan masyarakat boleh mencubanya. Dalam memasarkan produk tersebut, Haliza telah mengikuti pelbagai aktiviti keusahawanan, salah satunya aktiviti menghasilkan pek percubaan produk. Pemasaran yang berkesan telah membawa maruku hipster ke luar negara.

Bekas pelajar UiTM ini juga memastikan agar kualiti produknya sesuai dengan yang telah ditetapkan. Haliza juga turut mengambil pekerja sama ada sepenuh masa dan separuh masa kerana beliau berfikiran ingin membantu kepada mereka terutamanya golongan remaja untuk menghasilkan pendapatan sampingan.

Rujukan:
https://news.uitm.edu.my/muruku-hipster-terbang-ke-korea/
https://myrujukan.com/buat-maruku-rangup-sedap/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here